Khamis, Februari 19, 2015

Hari ini , setelah sekian lama, aku menjenguk ke blog ini.
Lama sudah aku tinggalkan

Khamis, November 15, 2012


SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH 1434 - Hijrah satu perjalanan menuju kejayaan hakiki.

Ahad, September 16, 2012

Jumaat, Mei 14, 2010

20 tahun

Hari ini genab 20 tahun aku bekerja di ON Semiconductor dan telah 24 tahun berkecimpung
dalam bidang industri semiconductor.
Banyak pengalaman yang diperolehi sepanjang 24 tahun.
Aku lebih berpengalaman bahagian front end , wire bonder , die bonder dan sebagainya .
Mesin -mesin yang dah pernah aku selenggara :-
Foton , KNS 1416, 1418, 1471,1472,1482,1484, , Ortodyne , Asymtek , Shinkawa CUB45,ACB35,CUB300,CUB400, , ASM Eagle wirebonder, Esec 2005,2007, , etc

Dapat beli rumah dan beli kereta ( dah habis bayar) , dapat isteri ,sorang aje , anak dah
besar , dah masuk IPGM di Kedah , segalanya ada.

Aku bahagia kini , moga selamanya didunia dan akhirat.
Amin....

Selasa, April 27, 2010

mELAyU

Aku mula hidup di alam mu ..

Sejarah mu aku baca dan aku dengar..

Budi bahasa , sopan santun sulaman hidup mu..

Di kampung , bendang , sungai , tarian hidup mu..

Laksamana , Pahlawan , Satria , Hulubalang , tanah tercinta hidup mu..

Berapa ramai berkorban , terkorban demi hidup mu..

Tanah ini hidup ku ..

Aku tak rela merempat di halaman ku ..

Akan ku amuk kalian .. biar huru hara ..

Biar aku mati ... akan ada penggantinya ..

Cuba lah .. nantikan saatnya !

Sabtu, Januari 09, 2010

Tahun Baru 2010


Kami sekeluarga ke Pendang Kedah.
Bendang sedang menghijau.
Di tempat kami dah tiada lagi.
Yang ada cuma kenangan masa kecil
di sawah padi arwah nenek dan atuk.

Ahad, Januari 03, 2010

2010

Tahun baru Masihi 2010

Di sambut dengan penghinaan oleh majalah Herald - The Catholic Weekly kepada
saya sebagai seorang islam.

Ini tidak boleh dibiarkan . Mesti di perangi oleh umat islam.

SAYA MEMBANTAH DENGAN SEKERAS-KERASNYA .

Di harap pemimpin melayu islam segera mengambil tindakan .

Laknat Allah terhadap SEMUA orang KAFIR !

TIADA TUHAN LAIN SELAIN ALLAH.

TIADA AGAMA LAIN SELAIN AGAMA ISLAM.

ALLAH SAHAJA TUHAN SEGALA MANUSIA.

TUHAN CINA , INDIA , KRISTIAN , SINGH , ..apa saja .. semua nya TIDAK ADA!
yang ada hanya ALLAH.

Jadi , kita sebagai umat islam pun tidak boleh menyebut , tuhan itu.. , tuhan ini ..,
agama itu... , agama ini... . kerana tiada tuhan selain ALLAH ..

Oleh :
Pahlawan Islam Siber

Isnin, Disember 21, 2009

Hijrah 1431

Tahun baru datang lagi...

Wahai diri ku
Telah banyakkah amalan ku..

Usia ku bertambah
Umur ku hilang saban tahun..
Rambut ku ..
Janggut ku ..
kian putih


: putra kelana

Rabu, Mei 13, 2009

Tanah Bertuah


Aku dengar berita hari ini..

Hari ini genap 40 tahun berlalu sejarah peristiwa 13 Mei 1969 ..peristiwa berdarah..

Satu pengajaran dalam soal muhibah antara kaum.


Masa itu aku berumur 5 tahun..namun masih dalam ingatan walau aku masih sekecil itu.


Wahai anak ku pelihara lah agama islam , pasti Allah memelihara negara kita.


Subhanallah..


10.30pm 13 Mei 2009

Jumaat, Mei 08, 2009


Ini gambar emak dan ayah masa aku belum lahir lagi .

Mereka kini telah semakin tua, hanya doa ku, Allah pelihara mereka sebagaimana mereka memelihara aku hingga kini.


Selamat Hari Ibu

Maafkan segala salah dan silapku

Halal kan makan dan minum ku


Hanya syurga buatmu

Ya illahi , ampuni segala dosanya


Buat ibu , ibu , ibu ku.









Ahad, Mac 29, 2009

Salam


Dah lama tidak mencoret diruang ini.. tahun ni saja aku dah tamat baca 4 novel , Laksamana Sunan.. , Rusdi , Karmila dan J.A.T ..



Atiqah anak ku dapat 5A SPM .. tahniah .. hidup satu perlumbaan ... selagi kau terdaya ..teruskan..tiada nokhtahnya.



Isnin, Mei 05, 2008

Selamt Hari Lahir


Isteri dan anak-anak ku .

Buat Atiqah , selamat menyambut Hari Lahir
yang ke 17 pada 11 May 2008 ( si manis 17).

Tahun ini penentu arah masa depan mu .

Belajarlah dengan tekun dan penuh semangat ingin berjaya.. jangan mudah berputus asa.

Rabu, April 30, 2008

Kenangan


Jumaat, Oktober 12, 2007

Selamat Hari Raya syawal 1428

Buat anak-anak ku , Atiqah , Hakimi , Amirul dan Murni. semuga lebaran ini adalah kejayaan buat diri mu setelah melalui Ramadhan.
Belajarlah rajin-rajin , penuh ketekunan . Semuga berjaya didunia dan diakhirat kelak. Kejayaan buat bangsa Melayu.

Buat Isteri Tersayang ... Kasih Ku Abadi
Salam sayang..

syawal 1428

Aidilfitri datang lagi , berlalunya Ramadhan . Pada semua umat Islam , khasnya bangsa Melayu,
selamat hari raya dan bermaaf-maaf lah kita .
Jangan jadi umat islam di asia barat , mereka asyik dengan perbalahan dari zaman datuk nenek
mereka. Kita disini pula jangan asyik dengan hiburan yang melalaikan.

Salam Aidilfitri.

Isnin, Oktober 08, 2007

Hari ini 26 Ramadhan 1428 (2007) . Petang ini hujan lebat sehingga selesai solat Terawih . Cuaca sejuk dan solat pun selesa . Cuma serangga kelkatu mengiringi solat kami.
Bangsa Melayu , satu bangsa yang lemah lembut , sopan , bertolak ansur , berbudi bahasa , maka dengan sifat ini lah negara ini makmur dan aman .
Bangsa lain mendapat taraf kerakyatan , kaya raya , memonopoli ekonomi , tanpa gangguan dan irihati dari Bangsa Melayu.
Biarlah kami Bangsa Melayu terus memonopoli kerajaan dan tampuk pemerintahan. Telah terbukti keamanan dan toleransi antara semua kaum sejak
zaman perjuangan menuntut kemerdekaan.
Aman dan Damai lah Malaysia Ku untuk anak cucu-cicit ku.

Selamat berpuasa dan menyambut Hari Raya Aidilfitri .
Pada ayah dan emak , semuga sihat selalu , dirahmati dan diberkati Allah , ampunkan segala dosa anak mu ini agar ku dapat jalan ke syurga.
Buat Kak Long , Jimi , Adik Lan , Eda , Zaidi dan Nizam , maaf ku pohon di Aidilfitri.

Oct 2007




Ogos 2007
Di Boh Tea Plantation , melawat kilang
memproses daun teh .


Ogos 2007
Di Cameron Valley Tea Plantation,
naik Land Rover , satu pengalaman
yang menjadi kenangan kami.

Di Equatorial Hotel Cameron Highland
pada Ogos 2007

Sabtu, April 14, 2007

Dialog Bahasa

Saya menghadiri dialog bahasa yang telah diadakan di Seremban.
Banyak perkara yang dibangkitkan oleh ahli-ahli bahasa , isu mathematik dan sains yang di english kan , english di Universiti dan berbagai lagi .
Namun apa yang di perdialogkan .. anak-anak saya diasrama tak dengar,
jiran-jiran saya tak dengar , mat rempit tak dengar , pendek kata semua orang-orang diluar dewan tak mendengarnya.
Sayang.. semuanya mungkin tamat di dewan...entahlah...
Bagi pejuang-pejuang bahasa .. teruslah berjuang ...muga anak kecil yang
saya bawa bersama didewan tersebut akan mewarisi perjuangan mu . Amin..
Tuan Ketua Satu GAPENA , Ketua Satu PEN , DBP , selamat berjaya..

Sabtu, Disember 23, 2006

SK PD


Gambar yang diambil pada 6 disember 2006.
Setelah hampir 30 tahun sekolah yang ku tinggalkan.
Dulu namanya GEPS PD . Kini SK PD.
Banyak juga perubahan . Namun pokok yang telah tua ini masih
berdiri disini . Telah pun ada sejak aku mulakan persekolahan
pada tahun 1971.

Kenangan

Ahad, Oktober 01, 2006

Ramadhan Al-Mubarak

Selamat berpuasa pada semua umat islam .
Pada semua sahabat , terutamanya Awe & Keluarga di PD