Isnin, Disember 21, 2009

Hijrah 1431

Tahun baru datang lagi...

Wahai diri ku
Telah banyakkah amalan ku..

Usia ku bertambah
Umur ku hilang saban tahun..
Rambut ku ..
Janggut ku ..
kian putih


: putra kelana

Rabu, Mei 13, 2009

Tanah Bertuah


Aku dengar berita hari ini..

Hari ini genap 40 tahun berlalu sejarah peristiwa 13 Mei 1969 ..peristiwa berdarah..

Satu pengajaran dalam soal muhibah antara kaum.


Masa itu aku berumur 5 tahun..namun masih dalam ingatan walau aku masih sekecil itu.


Wahai anak ku pelihara lah agama islam , pasti Allah memelihara negara kita.


Subhanallah..


10.30pm 13 Mei 2009

Jumaat, Mei 08, 2009


Ini gambar emak dan ayah masa aku belum lahir lagi .

Mereka kini telah semakin tua, hanya doa ku, Allah pelihara mereka sebagaimana mereka memelihara aku hingga kini.


Selamat Hari Ibu

Maafkan segala salah dan silapku

Halal kan makan dan minum ku


Hanya syurga buatmu

Ya illahi , ampuni segala dosanya


Buat ibu , ibu , ibu ku.









Ahad, Mac 29, 2009

Salam


Dah lama tidak mencoret diruang ini.. tahun ni saja aku dah tamat baca 4 novel , Laksamana Sunan.. , Rusdi , Karmila dan J.A.T ..



Atiqah anak ku dapat 5A SPM .. tahniah .. hidup satu perlumbaan ... selagi kau terdaya ..teruskan..tiada nokhtahnya.