Jumaat, Oktober 12, 2007

Selamat Hari Raya syawal 1428

Buat anak-anak ku , Atiqah , Hakimi , Amirul dan Murni. semuga lebaran ini adalah kejayaan buat diri mu setelah melalui Ramadhan.
Belajarlah rajin-rajin , penuh ketekunan . Semuga berjaya didunia dan diakhirat kelak. Kejayaan buat bangsa Melayu.

Buat Isteri Tersayang ... Kasih Ku Abadi
Salam sayang..

syawal 1428

Aidilfitri datang lagi , berlalunya Ramadhan . Pada semua umat Islam , khasnya bangsa Melayu,
selamat hari raya dan bermaaf-maaf lah kita .
Jangan jadi umat islam di asia barat , mereka asyik dengan perbalahan dari zaman datuk nenek
mereka. Kita disini pula jangan asyik dengan hiburan yang melalaikan.

Salam Aidilfitri.

Isnin, Oktober 08, 2007

Hari ini 26 Ramadhan 1428 (2007) . Petang ini hujan lebat sehingga selesai solat Terawih . Cuaca sejuk dan solat pun selesa . Cuma serangga kelkatu mengiringi solat kami.
Bangsa Melayu , satu bangsa yang lemah lembut , sopan , bertolak ansur , berbudi bahasa , maka dengan sifat ini lah negara ini makmur dan aman .
Bangsa lain mendapat taraf kerakyatan , kaya raya , memonopoli ekonomi , tanpa gangguan dan irihati dari Bangsa Melayu.
Biarlah kami Bangsa Melayu terus memonopoli kerajaan dan tampuk pemerintahan. Telah terbukti keamanan dan toleransi antara semua kaum sejak
zaman perjuangan menuntut kemerdekaan.
Aman dan Damai lah Malaysia Ku untuk anak cucu-cicit ku.

Selamat berpuasa dan menyambut Hari Raya Aidilfitri .
Pada ayah dan emak , semuga sihat selalu , dirahmati dan diberkati Allah , ampunkan segala dosa anak mu ini agar ku dapat jalan ke syurga.
Buat Kak Long , Jimi , Adik Lan , Eda , Zaidi dan Nizam , maaf ku pohon di Aidilfitri.

Oct 2007




Ogos 2007
Di Boh Tea Plantation , melawat kilang
memproses daun teh .


Ogos 2007
Di Cameron Valley Tea Plantation,
naik Land Rover , satu pengalaman
yang menjadi kenangan kami.

Di Equatorial Hotel Cameron Highland
pada Ogos 2007